SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN :
Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sembah dan syukur kepada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Saidina Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir para anbiya`, dan pada sahabat-sahabat baginda serta tabien dan tabi’ tabien.
Badan Kebajikan Keluarga Kedah di Indonesia atau nama ringkasnya BKKKI adalah sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri Kedah yang bernaung dibawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI). Penubuhan BKKKI berfungsi sebagai satu badan dalam pengurusan zakat dan hal ehwal kebajikan anak-anak Kedah di Indonesia. Disamping itu ia mempunyai satu objektif dalam melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang komitmen dengan ilmu yang dipelajarinya.
BKKKI meneruskan kecemerlangannya dalam membentuk masa depan ahli dengan memberi penekanan ilmiah di dalam menyatukan fikrah dan mengeratkan ukhuwah dikalangan ahli.
MOTTO BKKKI:
~"Kebajikan Diutamakan"~
MATLAMAT DAN OBJEKTIF :
* Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Negeri Kedah Darul Aman.
* Menguruskan Urusan Zakat Negeri Kedah dan berusaha mendapatkan bantuan pembelajaran untuk ahli dari mana-mana pihak.
* Mengeratkan ukhuwah di kalangan para ahli dan memupuk semangat bekerjasama.· Membantu ahli dalam mempertingkatkan prestasi pembelajaran semasa.
* Melatih ahli agar mampu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.
NAMA PERTUBUHAN
Nama Pertubuhan ini ialah :
Badan Kebajikan Keluarga Kedah Di Indonesia
Atau nama ringkasnya BKKKI
LOGO :

JUMLAH KEAHLIAN
* MAHASISWA : 39
* MAHASISWI : 12
* JUMLAH KESELURUHAN AHLI BKKKI : 51 ORANG
KEGIATAN
* Menyusun dan mengadakan program-program yang sejajar dengan objektif BKKKI dan halatuju PKPMI.
* Berusaha mendapatkan sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti dan pengurusan kebajikan pelajar kedah.
* Merangka dan mewujudkan program bagi kebaikan anak-anak Kedah yang selari dengan kehendak kerajaan negeri Kedah.
* Menyambut delegasi dari kerajaan negeri dan kunjungan tetamu .